ever lasting love ^_

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my engagement anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

i am a personal wellness coach, how can i help you?

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
where do you live? kl, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Serawak, Labuan
Have you register as a member of Herbalife in the past 2 years? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose Weight
Gain Weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra Information that can help me to guide you

This form powered by Freedback

Follow blog cikina

Thursday, May 23, 2013

take a risk


bismillah.
motivation for me today.
azrina, please take a risk!
dont ask for confortable journey, but, go trough the advanture! its must be fun! and u will learn a lot!







Monday, May 20, 2013

Herbalife Formula 1

Bismillah.
Assalamualaikum.

TARAAAA! ni la dia bapak segala product dlm herbalife atau product yang paling2 utama. paling2 peting utk sel2 dalam badan manusia! 

kelebihan herbalife formula 1:

1. Sangat rendah calori (lbh kurang 200kl shj) *sangat membantu utk pengurusan berat badan
2. Mengandungi 55 nutrien, 18 asid amino, 19 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Antaranya sumber protein, vitamin A, E, D, C, Tiamin, Riboflavin, Riasin, B6, Asid Folik, B12, Kalsium, Magnesium dr herba2 terpilih ^_<

3. Sangat mengenyangkan dan merupakan sumber tenaga penting utk badan menggantikan makan harian.
4. Sangat kaya dengan sumber fiber
5. Paling penting sangat sedap dan tidak menjemukan.

formula 1 herbalife ni bukanlah ubat! Ia adalah nutrisi seimbang (makanan) yang cukup utk sel2 badan kita. 
F1 ni adalah product utama untuk nutrisi selular dan pengendalian berat badan dan kesihatan secara umumnya. nanti cikina akan buat entry khusus tentang nutiri selular.



formula 1 herbalife ada 5 perisa yang sangattt best! 
1. chocolate
2. cappucino
3. strawberry
4. vanilla
5. tropical fruit (buah-buahan)

 Ramai yang tnya selamat ke untuk ibu mngandung, kanak2, ibu menyusu, org2 sakit, dan byk lagi la nk ckp satu2 pnyakitkan.. jawapannya, boleh! kan dah tulis atas tu F1 ni bukan ubat. tp nutrisi yg lengkap utk sel kita. lagi bagus amek f1 dari makan makan2 yang berminyak dan mknn2 ringan kat luar sana. lagi satu, kan herbalife ni pakej sekali dgn COACH, so ape nk bimbang.. awk ade bimbingan dari coach herbalife yg bukan calang2 tau.. coach2 herbalife akan sentiasa ikuti training, kami juga ade saintis2 di belakang product kami, ade juga doctor2 yang kami blh refer.

AWAS! kalau anda xde coach tu, semestinya la beli dgn sanak saudara atau kawan2 terdekat dgn diskaun yg menyalahi etika herbalife kan?? jeng jeng jeng.. ^_^ dah jual beli pn dah salah, makan tnpa coach pn salah, bila xdpt result, sape yg salah?? heee
saya dulu pn ikut program reshape ada coach! coach dtg timbang every week! 
sampai dapat result taw.. check result saya, click kt bawah ni

#need a coach? saya sgt2 excited nak coach awk2 yang nak
-turun berat badan
-tambah berat badan
-reshape bahagian2 yang terlebih lemak ^__^
-baiki kulit
-sarapan yang sihat
-baiki tahap kesihatan

apa peranan saya sebagai coach?
- awak akan dapat speacial meal plan 
-tips2 dan info lengkap tentang kesihatan
-follow up (utk yang area pantai timur, sy akan jumpa every week / 2 week, utk luar pantai timur, follow up by phone n jumpa atleast sekali sebulan di hari pelanggan)
- motivasi yang berterusan 
- paling best dapat hadiah utk yang berjaya!! ^_^

cepaaaaat!! saya cuma mencari 10 coachee sahaja sebulan. (ramai2 nti xberkualiti la nk caoching..hee) contac me now at 013 9178176/ 011-19930439-ina
rreeeeeeeeeeeaaally excited nak coach kamuu kamuu semua. 

Monday, May 13, 2013

4 weeks after laparoscopy ^_^

bismillah.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. syukur ya Allah.. dah 4 minggu berlalu, skg cikina sihat walafiat. =) mungkin not fully recovery lagi, insyaAllah tolong doakan cikina sihat sepenuhnya, nak sgt2 plan for next prgnancy, insyaAllah. ewah! 
dah 4 mggu ni blh la kot nk start makan2 ikut selera.*eh. bukan seminggu lepas buat tu cikina da start makan bukan2. haha. siyes xleh nk pantang2.. xeti. xdla beria sgt pantang mcm og bersalin. cuma elakkan mknn blh mnyebabkan gatal n nanah. mknn sejuk2 pn xmakan sgt.

4mggu berpantang, memang cikina amek shake seriuslly! paling xleh tinggal aloevera!
bukan daun aloevera tu la! herbalife aloevera. hee.


dari 1st day lepas laparoscopy, cikina minum aloe xcampur2 dgn air pon, minum terus dari botol. alhamdulillah, 1st day tu dah kentut2, *eh bukan suke suki tau ckp kentut2 ni.. nurse tnya samada kita dah makan, kecing, berak, kentut x lepas operation? so, alhamdulillah semua ni mudah. 

cuma buang air besar, awal2 tu cikina takot jgkla.. tapi sbb shake n aloe sgt membantu melembutkan najis. almaklumla org pantang cuma makan nasi, ikan bakar n sayur je. 2mggu je dah habis sebotol aloe. huu.. paling best jugak, sbb org pantang2 ni kadang2 mulut xsedap nk rase makann. aloe sgt membantu mengurangkan rase2 xsedap tu taw, sbb rasa yg masam2 best tu.. =)

tapi cikina mmg mudah giler hilang focus, 3minggu je serius minum aloe byk, mggu ke4 ni minum aloe time pagi before shake je.. malam td amek kaw, dah sembelit.. sape2 yg penah sembelit tu tau la cmne sakit, nk buang air besar pn xlawas. nyesal plak tetiba! sapa suh mudah lupe diri. dah rase sihat sikit, xminum dah.. adesh! mlm td terus minum air byk2.. pagi ni minum lagi aloe byk2, n belum smpat shake, dah ke toilet dgn senang hati =) alhamdulillah.. nikmat kesihatan tu xternilai.. =)

*first time mengundi u olls!
org lain berpantang duk diam2 kat umah, cikina ni semnggu dah naik turun tangga. aduhai. pesanan utk suami2.. sila la faham bila isteri sedang berpantang, lebih2 lagi yang beranak. huu. ^_^

hamil luar rahim (ectopic pregnancy)

Bismillah. Assalamualaikum.

Entry kali ni cikina just nk share tentang kehamilan luar rahim ni je. 

sumber dari: 
baby center

Apakah itu kehamilan di luar rahim?


Dalam bahasa Inggeris, istilah ini dipanggil ectopic pregnancy. Perkataan ectopic bermaksud "di tempat yang salah". Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu. 

Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95 peratus), implantasi berlaku dalam tiub falopio, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman. 

Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa. Kehamilan seperti ini tidak bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim. Ia harus digugurkan sepenuhnya. 

Bilakah kehamilan di luar rahim biasanya berlaku?

Kehamilan di luar rahim biasanya dikenalpasti di antara minggu keempat dan kesepuluh. Simptom-simptomnya biasanya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid. 

Mengapakah kehamilan di luar rahim berlaku?

Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang. Sebab yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim. 

Siapakah yang berisiko mengalami kehamilan di luar rahim?

Kehamilan di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tetapi ada situasi-situasi tertentu yang meningkatkan risiko ini. Ini termasuk: 
  • Jika anda pernah menghidap penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease - PID) yang sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio. Terdapat tanda-tanda PID dalam separuh daripada kes kehamilan di luar rahim yang dibedah.
  • Jika anda mengalami endometriosis tiub. Anda lebih berisiko kerana ini meningkatkan risiko calar dan luka pada tiub falopio.
  • Jika anda pernah membuat pembedahan di bahagian perut, termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio seperti pembalikan sterilisasi (sterilisation reversal).
  • Jika anda hamil melalui kaedah IVF. Anda seharusnya membuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi.
  • Jika anda menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron (IUS, juga dikenali sebagai lingkaran Mirena) atau jika anda mengambil pil mini pencegah kehamilan. Kedua-duanya dikaitkan dengan kadar kehamilan di luar rahim yang sedikit tinggi.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.
Risiko hamil di luar rahim juga meningkat apabila umur semakin bertambah. 

Apakah simptom-simptom kehamilan di luar rahim?

Agak sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan haid atau ancaman keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah. 

Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti: 


Pendarahan faraj yang tidak normal 
Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada ia lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair (sesetengah orang menggambarkannya seperti "jus prun"). 

Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut 
Ini adalah simptom yang biasa. Jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki anda hamil, anda harus berjumpa doktor. 

Jika kehamilan di luar rahim ini tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami simptom-simptom berikut: 

  • Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.
  • Berpeluh, rasa seperti hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.
  • Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.
  • Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu mengganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk).

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya syak bahawa saya hamil di luar rahim?

Jika anda mengalami simptom-simptom yang disebutkan di atas, jumpalah doktor dengan segera atau pergi ke hospital. Jika tiub anda telah pecah, anda perlu terus dibedah, tetapi dalam kebanyakan kes, kehamilan di luar rahim dapat dikesan awal dan ujian-ujian dapat dilakukan dan pembedahan (jika perlu) dapat dirancang. 

Anda mungkin akan menjalani pemeriksaan dalaman untuk mengesan lokasi kehamilan, serta ujian kehamilan yang sensitif. Ujian darah akan mengukur tahap hormon chorionic gonadotrophin (hCG). Ia akan memberitahu bukan sahaja samada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan samada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana ia merupakan satu tanda kehamilan di luar rahim. 

Doktor akan menjalankan pemeriksaan ultrabunyi melalui faraj, memandangkan kehamilan ini mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadang-kala, keputusannya tidak tepat dan anda mungkin perlu membuat imbasan lagi selang beberapa hari. 

Jika doktor mengesyaki kehamilan di luar rahim tetapi belum dipastikan melalui pemeriksaan ultrabunyi, anda perlu menjalani pemeriksaan laparoskopi. Ia dilakukan dengan cara memasukkan sejenis alat pemerhati kecil ke dalam perut melalui satu potongan kecil untuk memeriksa tiub-tiub anda. 

Bagaimanakah kehamilan di luar rahim dirawat?

Jika kehamilan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Tiub tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki. Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana: 
  • pembedahan ini lebih cepat;
  • kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini;
  • anda tidak perlu tinggal lama di hospital;
  • kurang ubat penahan sakit diperlukan.

Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang. 

Samada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan tiub dibaiki bergantung kepada: 

  • tahap kerosakan tiub tersebut;
  • tahap kesihatan tiub falopio yang satu lagi;
  • keinginan anda untuk hamil lagi.

Dalam sebilangan kes, biasanya dalam kes-kes di mana tiub tersebut dapat diselamatkan (kira-kira 4 peratus dengan kaedah pembedahan lubang kunci dan 8 peratus dengan kaedah pembedahan terbuka), kehamilan tersebut terus berlangsung dan memerlukan ubat metotreksat yang menggugurkan kehamilan, atau pembedahan susulan untuk mengeluarkannya. 

Metotreksat kadang-kala boleh digunakan untuk merawat kehamilan di luar rahim dan pesakit tidak perlukan pembedahan. Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan masih di tahap yang rendah, dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku dan tiub tersebut belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan diserap oleh si ibu, yang kemudiannya akan mengalami pendarahan selama beberapa minggu. 

Dalam kes-kes tertentu di mana kehamilan di luar rahim telah dikesan dari awal lagi tetapi lokasi sebenar belum dipastikan, tiada rawatan akan dicadangkan. Ini dipanggil pengurusan ekspektasi atau "tunggu dan lihat". Ini kerana, banyak kehamilan di luar rahim yang gugur dengan sendirinya, terutamanya dalam kes di mana tiada pundi telur dikesan dan hormon kehamilan masih di tahap sangat rendah. Dalam kes-kes ini, pengurusan ekspektasi dapat mengelakkan pembedahan sehinggalah ia tidak dapat dielakkan lagi. Namun, ini berlaku dalam kira-kira satu perempat daripada kes-kes tersebut. 

Adakah kehamilan di luar rahim akan menjejaskan kesuburan?

Jawapannya ialah ya, ia mungkin berlaku. 

Jika tiub-tiub falopio anda tidak rosak selepas kehamilan di luar rahim, maka kebarangkalian untuk anda hamil lagi adalah sama. Jika satu daripadanya telah pecah atau rosak teruk, kebarangkalian untuk hamil adalah kurang, terutamanya jika tiub yang satu lagi itu turut terjejas akibat PID atau endometriosis. Dalam kes ini, samada lebih sukar untuk hamil tetapi masih boleh, bergantung kepada kes anda sendiri. 

Kira-kira 65 peratus wanita yang mengalaminya akan hamil lagi dalam masa 18 bulan selepas kehamilan di luar rahim, tetapi jika kedua-dua tiub falopio anda rosak atau pecah, anda mungkin perlu menimbangkan untuk melakukan rawatan IVF

Apakah kebarangkalian untuk mengalami kehamilan di luar rahim lagi?

Terdapat kira-kira 10 hingga 15 peratus risiko untuk mengalaminya lagi. Walau bagaimanapun, risikonya sukar dianggarkan kerana perbezaan dalam situasi individu-individu itu sendiri dan tahap kerosakan yang telah berlaku. 

Anda patut membuat temu janji susulan dan meminta nasihat yang jelas mengenai masa depan kehamilan anda daripada pakar obstetrik. 

Tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kehamilan di luar rahim daripada berulang di masa hadapan. Namun, jika ianya berlaku akibat jangkitan klamidia, anda boleh mengambil antibiotik untuk merawatnya dan dengan itu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk ke atas tiub anda. 

Apabila anda telah hamil sekali lagi, jumpalah doktor anda secepat mungkin. 

Berapa lamakah saya harus menunggu sebelum mencuba lagi?

Mereka yang telah menjalani laparoskopi biasanya perlu menunggu tiga hingga empat bulan sebelum mencuba untuk hamil lagi. 

Jika anda telah menjalani pembedahan terbuka, lebih baik jika anda menunggu enam bulan untuk membolehkan luka anda sembuh sepenuhnya.